
Alhamdulillah masih di beri kesempatan olehNya untuk bernafas lagi hari nie..Minggu nie ndaklah sibuk sangat macam minggu yang biasa jugak sebab itu berkesampatan nak mengupdate blog..hehehhe..Hari Jumaat yang lepas bawa RiFQeE follow up untuk 1 tahun 6 bulan. RiFQeE selalunya seminggu sebelum mau injection mesti akan demam @ selesma, ndak tahulah kenapa (ayah dia cakap penakut macam mama dia..heheh)/tapi kali nie 3 hari sebelum mau pergi hospital RiFQeE batuk dengan selesma yang teruk sangat, demam plak on and off...Bila tanya dengan nurse boleh tak bawa? dorang cakap boleh jadi aku bawak jak lah hari Jumaat tue
Masa timbang berat badan RiFQeE takut jugak aku berat
badan dia ndan naik sebab sebelum nie kan dia minum susu kurang, makan nasi pon
kurang tapi Alhamdulillah berat badan dia naik 10.6 kg dan doctor cakap naik
dengan cantik. Doktor jugak cakap budak-budak yang umur macam RiFQeE nie
sekarang tengah aktif sebab tue makan dan minum susu kurang. Walau
macammanapon mesti pastikan juga segala protein & karbohidrat yang dia
ambil mencukupi..
Memang sekarang nie RiFQeE tersangatlah aktif. Kadang-kadang tue sampai ndak larat sudah mau kejar dia. Cuma yang buat aku
risau sekarang nie dia belum pandai bercakap lagi ...yang RiFQeE pandai cakap
sekarang cuma….mama..BoBoBoy..amma..bila tanya dengan semua orang
jawapannya sama jak
“ budak lelaki memang lambat sikit mau bercakap”
“nanti kalau dia sudah pandai bercakap kau yang penat mau melayan dia bercakap”
Itu antara jawapan yang biasa aku dengar bila aku tanya..hehehe
“ budak lelaki memang lambat sikit mau bercakap”
“nanti kalau dia sudah pandai bercakap kau yang penat mau melayan dia bercakap”
Itu antara jawapan yang biasa aku dengar bila aku tanya..hehehe
Walaupun RiFQeE belum pandai bercakap lagi tapi dia
faham bila aku cakap dengan dia. Bila suruh dia ambil barang dia akan ambil. Bila panggil nama dia, dia akan menyahut..’aa..aa..’ Semua benda bila di
tanya itu jaklah jawapan dia..sekarang nie aku mix language bila becakap
dengan dia. Alhamdulillah setakat nie simple English word dia faham. Aku nak
dia mula belajr dari kecil lagi supaya bila besar dia cepat faham..
Dengan
RiFQeE nie kesabaran aku betul-betul di uji..kadang-kadang tue sampai jugak
tangan aku memukul dia (pukul2 sayangg jak..hehhehe)..bukan ndak sayang anak
cuma ayah dia terlalu manjakan dia jadi aku terpaksa berkeras sikit dengan dia. Aku ndak mau RiFQeE terlalu dimanjakan sangat nanti bila dia sudah besar ndak
mau terima teguran mama @ ayahnya. Kadang-kadang tue ayah dia marah jugak bila
aku marah RiFQeE tapi aku cakap ndak boleh selalu manjakan anak nanti sampai
besar ndak mau dengar cakap / aku tahu ayah dia marah tapi aku buat nie untuk
kebaikan RiFQeE jugak. Pada aku biar RiFQeE menangis di marah @ di cubit oleh
aku sekarang dari nanti aku dimalukan dia sebab ndak dengar cakap bila dia
sudah besar nanti..
InsyaAllah di lain entry aku akan ringkaskan perkembangan RiFQeE sepanjan umur dia 1 tahun setengah nie Aku harap bila dia baca blog nie dia kan tahu macam mana dia membesar di samping mama & ayahnya…
InsyaAllah di lain entry aku akan ringkaskan perkembangan RiFQeE sepanjan umur dia 1 tahun setengah nie Aku harap bila dia baca blog nie dia kan tahu macam mana dia membesar di samping mama & ayahnya…
